April 2, 2009

Pakwe tua



Musim lalu, banyak artis cerai-berai. Musim kini, banyak yang isteri muda suami tua dimana suaminya Datuk. Termasuklah ada sorang senior tu, mempunyai pakwe tua!


Pakwe dia memang baik. Romantic. Lemah lembut. Maklumlah orangnya tua. Tapi walaupun tua, dia bukan calang2 orang. Duitnya sama labuh dengan perut. Statusnya bukan hutangwan macam sesetengah orang muda, sebaliknya dia betul2 jutawan. Kompeninya berpuluh2 hingga boleh dikatakan di mana ada syarikat, di situlah dia jadi pengarahnya.


Kereta mewahnya janganlah cerita. Adat kata kalau di setengah tempat kena kuak air baru nampak ikan, dalam bab kereta mewah pakwe senior ni pula kena kuak kereta baru Nampak drebar!


Bila pikir2, rasanya ok jugak kawin dengan datuk ni. Aku akui, memilih lelaki itu bererti terpaksa hidup bermadu. Tapi ada juga alasan sendiri kenapa. Antaranya:


Pertama, sebab dia bergelar Datuk, jadi bila berkahwin dengannya orang tak akan panggil kita nenek;


Kedua, sebab dia sanggup membayar hantaran belanja hangus dan mas kahwin sejumlah RM100,000 serba tiga;


Ketiga, sebab dia dah tua dan hartanya pun melambak2. Takkanlah kalau dia mati, kita x dapat tumpang sekaki?


Keempat, sebab dia suami orang, jadi dengan memilih dia bererti kita dapat menguji keimanan dan melatih membina kesabaran;


Kelima, sebab dia lelaki…


Dalam banyak2 tu, sebab kelima lah palig kuat. Ya, sebab baru2 ni aku dapat inspirasi baru. Aku percaya, cara terbaik untuk mengajar lelaki adalah merelakan diri kita berpoligami.


Selama ini lelaki umumnya tergila2 nak beristri lebih. Nah, marilah kita sama2 bagi jalan pada mereka. Jangankan dua atau tiga, kalau mereka mau empat pun kita relakan. Bila dah beristeri banyak nanti, masalah mereka tentu bertambah banyak. Hah, masa itulah kita membalas dendam. Kita boleh bergotong-royong, sama2 cari jalan untuk memberatkan lagi masalah mereka.


Lambat laun mereka tentu akan pening kepala, atau silap2 mungkin akan jadi gila. Hah, bayangkanlah betapa bahagianya hidup kita semua kalau dunia ni dipenuhi laki2 gila. Waktu itu barulah kita boleh jengkal muka mereka!


Jadi, jangan bertangguh lagi, marilah kita relakan diri untuk bermadu!





contoh terbaik?