February 4, 2009

A Story of 'Tukang Menggosok Baju'


Actually, bukan cite pasal tukang gosok tu, tapi pasal anak dia..






this story tells you about marriage =D
Tukang gosok baju saya ni, Mak Ngah, sbnrnya tukang sapu. sbb dia x cukup dia, dia pun keje sambilan menggosok baju.... sebakul RM15. Kadang2 mum bagi jugak la duit lebih utk zakat, atau bagi baju2 lama, atau barang x terpakai. My parents sll tolong dia sbb kesiankan dia yg sorang2 cari duit dlm family. Suami ada tapi suka main judi.

Alkisah bermula, dia ada anak pompuan yg same age as mine, Halida. Halida ni tinggi lampai, berkulit hitam manis. Waktu aku form 5, aku sll nampak dia dating ngan Ijat. Ijat lak putih & bole tahan la.. :D

Tup.. tup.. lepas SPM jer, kawin la diorg. Tekejut jugak aku, sbb dia budak sekolah kitaorg paling cepat kawin. Mungkin dalam sekali ya cinta mereka, thought of me that time.

However, menurut my mum, slepas 6 bulan berkahwin, Halida bitau Mak Ngah dia sakit perut. Dia p spital ngan Ijat. Mak dia pun mai tgk Halida tu sbb dia masuk spital. Tgk2, dia dah beranak.. terus Mak Ngah tampar si Ijat. Dia x tahu slama ni Halida ni ngandung satu. Pastu, Halida ni ngandung sblm kawin lagi..

Tapi, Mak Ngah sll puji Ijat ni. sbb dia ni bertanggungjawab & syang Halida. W/p kerja x seberapa, tapi dia menantu Mak Ngah paling baik..

One day, adik Halida, Siti (bukan nama sebenar sbb aku x igt nama dia) datang ke rumah aku krn family aku nak kasi barang2 x pakai kat Mak Ngah. family aku nak pindah masa tu. Siti ni datang dengan seorang lelaki.

"Assalamualaikum~ kata mak, makcik nak bagi barang," my mum pun kasi la barang2 tersebut.

"Siti, sapa tu? muka bukan cam Faizal (abang siti)," tanya my mum.

"Em, sepupu," jawab Siti ringkas.. My mum perhatikan mereka, si lelaki nampak garang, duk marah2 siti suruh cepat.


Next day, Mak Ngah datang menggosok seperti biasa...

"Esah, Siti kata mintak maaf," kata Mak Ngah kat my mum

"Mintak maaf apa pulak?"

"Dia mintak maaf sbb bitau laki tu sepupu dia,"

"Habis, dia tu siapa?"

"Tunang dia," beritahu Mak Ngah. My mum pun terkejut skit. Budak blum habis sekolah dah bertunang?


Mak Ngah pun cite. Suami dia ni, judi2 pun, pandai bomoh2 skit. Satu hari tu, dia bomoh camner tah, sorang makcik ni sembuh dari penyakitnya. Kononnya makcik tu nak balas jasa suami Mak Ngah, dia nak kawinkan anak lelaki dia dengan anak perempuan Mak Ngah. (My mum cakap; pelik, kalau suami Mak Ngah ugut nak kawinkan anak pompuan dia masuk akal la skit)


"Mak Ngah, kalau nak kawinkan Siti tu biarlah dia abis sekolah dulu. Nanti x guna je sekolah. Mak Ngah xde anak yg lain dah nak harap," nasihat my mum berkali2. Mak Ngah cuma mengangguk.


Selepas my family berpindah, x lama dengar2 Siti dah kawin. Mak Ngah langsung x beritahu kat my mum. My mum pun dapat tau dari kawan dia. siap Mak Ngah bitau jgn bitau kat Esah, Mak Ngah takut.


P/S: Wala, my mum pun dah pindah KL. Kalau bitau pun, apa my mum leh buat? Takkan p kenduri kawin tu pastu cakap "STOP!STOP!" cam filem hindustan lak. Anyway, Siti budak sekolah tu pun dah kawin, aku bila lagi?


nak kawin jugak




2 comments:

vidadarisakura said...

sila kawin..


hee

ICHIGO MASHIMARO said...

bukan senang oii.. belajar lagik..